Friday, July 24, 2009

SIAPA ORANG TUA CINA ITU?

1. DI KALA NEGARA KITA SEDANG MENGHARUNGI PELBAGAI MASALAH PERPADUAN KAUM AKIBAT DARIPADA PELBAGAI MASALAH SOSIAL DAN POLITIK, SAYA MENGALAMI SATU PERISTIWA YANG MUNGKIN BIASA BAGI SESETENGAH ORANG TETAPI CUKUP UNTUK MEMBUATKAN SAYA TERMENUNG SEKETIKA.
2. RUTIN HARIAN SAYA SETIAP HARI BEKERJA IALAH SELEPAS SOLAT SUBUH SAYA AKAN PERSIAPKAN KERETA SAYA DAN ISTERI SAYA UNTUK KE PEJABAT SEPERTI MEMANASKAN ENJIN DAN KELUARKAN KERETA DARI HALAMAN RUMAH.
3. DAN PADA PAGI INI (24/7/2009) SEMASA SAYA SIBUK MEMBUAT KERJA-KERJA ITU TIBA-TIBA ADA SEORANG ORANG TUA BERBANGSA CINA YANG TIDAK SAYA KENALI DAN SAYA ANGGARKAN UMUR BELIAU DALAM LINGKUNGAN 60 TAHUN KE ATAS (ATAU MUNGKIN 70 TAHUN) SAMBIL NAIK BASIKAL APABILA MELINTAS RUMAH SAYA DENGAN SPONTAN MENEGUR DAN MENGUCAP "SELAMAT PAGI" KEPADA SAYA.
4. SAMBIL SAYA MENJAWAP UCAPAN SALAM ITU, SAYA AGAK TERDIAM SEKETIKA DAN MEMIKIRKAN SIAPA ORANG TUA INI? SUDAH PASTINYA SAYA TIDAK KENAL BELIAU. SUDAH PASTINYA BELIAU BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA DENGAN SAYA. TETAPI DENGAN BEGITU RAMAH BELIAU MENEGUR SAYA.
5. MUNGKIN INI PERKARA YANG BIASA BAGI SESETENGAH DARI KITA NAMUN BAGI SAYA INI SUATU INSIDEN YANG MEMBAWA MAKNA YANG CUKUP MENDALAM. DI KALA ORANG YANG KITA KENALPUN SEKARANG SUSAH UNTUK MENEGUR DAN MEMBERI SALAM KEPADA KITA DAN JUGA SEBALIKNYA, ORANG TUA INI BERTINDAK DISEBALIKNYA.
6. IA SEKALIGUS MENYEGARKAN MINDA SAYA BAHAWA PERPADUAN DI KALANGAN RAKYAT NEGARA INI MASIH TEBAL DAN HANYA SEGELINTIR YANG CUBA MEROBEKNYA.
7. DAN YANG PASTI ORANG TUA INI TELAH MENGAJAR SAYA SATU PENGAJARAN YANG CUKUP BERMAKNA DI PAGI HARI JUMAAT YANG MULIA.

Wednesday, July 22, 2009

KATA-KATA HIKMAT

KATA-KATA HIKMAT YANG BOEH DIRENUNGKAN BERSAMA:

1. HORMATI PENDAPAT/PANDANGAN ORANG LAIN.

2. SENTIASA MENGHARGAI ORANG LAIN AGAR DIRI KITA JUGA AKAN DIHARGAI OLEH ORANG LAIN.

3. JANGAN SELALU AMBIL MUDAH SEMUA URUSAN YANG KITA BUAT.

4. JANGAN SERING MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN.

5. JANGAN TUNGGU SEHINGGA BERLAKU APA-APA DALAM HIDUP KITA BARU HENDAK BERUBAH - KENA SEDAR SELALU.

6 IT'S EASY TO MISS SOMETHING YOU'RE NOT LOOKING FOR.

7. KALAU NAK BERUBAH, BERUBAHLAH CEPAT-CEPAT.

8. SETIAP DETIK ADALAH SUATU PILIHAN DAN SETIAP PILIHAN KITA YANG PUNYA.

9. HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN MAKA PILIH LAH.

10. SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIAN DAN SETIAP PENYELESAIAN BERMULA DENGAN DIRI KITA SENDIRI.

11. USAHA SEDIKIT JIKA MAHU CEMERLANG.

12. HIDUP MESTI BERMATLAMAT DAN MATLAMAT KENA JELAS.

13. KEJAYAAN ADALAH SUATU PERKARA YANG KTA BUAT YANG TERBAIK UNTUK ORANG LAIN.

HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN

1. PERCAYA ATAU TIDAK DALAM HIDUP KITA INI KITA AKAN MENGHADAPI DAN MENGHARUNGI PELBAGAI PILIHAN. BAIK DARI SEGI URUSAN PERIBADI, KELUARGA DAN SEHINGGA KE KERJAYA DAN PERSEKITARAN.
2. ADAKALANYA PILIHAN ITU SANGAT MEMBANTU UNTUK KITA MEMBUAT PILIHAN DAN ADAKALANYA PILIHAN YANG BANYAK JUGA SERING MENGHANTUI KITA DALAM MEMILIH YANG TERBAIK ATAU MEMBUAT PILIHAN YANG TEPAT KERANA TAKUT TERSALAH PILIH WALAUPUN TERSALAH PILIH ITU SENDIRI MERUPAKAN SATU PILIHAN DI MANA KITA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH ANTARA YANG BETUL DAN SALAH TAPI KITA PILIH UNTUK MEMILIH YANG SALAH.
3. MEMANG MUDAH UNTUK MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN ATAU PIHAK KETIGA DI ATAS KESILAPAN PILIHAN KITA SENDIRI. PALING TIDAKPUN TUHAN AKAN JADI MANGSA TUDINGAN KITA. KITA SERING MENYALAHKAN NASIB (SATU ISTILAH YANG AKAN MULA SAYA BUANG DARI ISTILAH KAMUS DIRI SAYA)DAN TAKDIR APABILA BERLAKU SESUATU YANG DI LUAR KEINGINAN KITA.
4. TAPI PERCAYA ATAU TIDAK PERKARA DI LUAR KEHENDAK KITA ITU SENDIRI ADALAH PILIHAN KITA SEBENARNYA. KITA YANG MEMILIH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN ITU KAN. MAKA KENAPA PERLU SLAHKAN ORANG LAIN.
5. DI SAAT SAYA MERENUNG SECARA MENDALAM ISTILAH "PILIHAN - NASIB - DAN TAKDIR" SAYA TERINGAT KEPADA LIRIK LAGU SURATAN ATAU KEBETULAN NYANYIAN KENNY REMY MARTIN YANG BEGITU DALAM MAKSUDNYA. SAYA PAPARKAN LIRIK UNTUK RENUNGAN BERSAMA:

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

6. SEMOGA KITA TIDAK MEMBANGAU LAGI DAN TOLONGLAH USAH MEMBANGAU ORANG LAIN LAGI ATAS KESILAPAN PILIHAN KITA SENDIRI.

Tuesday, July 21, 2009

USAH MEMBANGAU LAGI

1. "USAH MEMBANGAU LAGI" / "STOP BANGAU-ING!".....SATU ISTILAH BAHARU YANG SAYA BELAJAR MELALUI KURSUS KAEDAH NEURO LINGUSITIC PROGRAMMING (NLP) YANG DIKENDALIKAN OEH ENCIK RIZAL DARI TAKE CHARGE SDN.BHD.
2. WALAUPUN MASIH MUDA...38 TAHUN NAMUN ENCIK RIZAL MERUPAKAN ANTARA PENCERAMAH YANG BERJAYA CUIT PERHATIAN DAN MERAIH PENGHORMATAN SAYA (SAYA MEMANG SUKAR UNTUK PUJI PENCERAMAH KERANA KEBANYAKKAN DARIPADA MEREKA SAMA ADA SYOK SENDIRI ATAU CAKAP TAK SERUPA BIKIN).
3. TERNYATA BELIAU ANTARA YANG TERBAIK DENGAN KAEDAH NLP NYA. MALAH COGANKATA YANG BELIAU CIPTA IAITU USAH MEMBANGAU LAGI PASTI AKAN SAYA INGATI SAMPAI BILA-BILA.
4. USAH MEMBANGAU LAGI BERMAKSUD USAH MEMBERI ALASAN LAGI ATAU USAH MEMBANGAU ORANG LAGI. IA JUGA MENYEDARKAN KITA BAHAWA HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN. APA YANG KITA ADA SEKARANG ADALAH PILIHAN KITA SENDIRI MAKA JIKA ADA YANG TAK KENA MAKA USAHLAH MEMBANGAU ORANG LAIN.
5. SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIAN DAN SETIAP PENYELESAIAN BERMULA DARI KITA JADI USAH MEMBANGAU LAGI!!!!
6. SATU LAGI PERSOALAN MENARIK YANG TELAH DITIMBULKAN OLEH ENCIK RIZAL IALAH.....PERBEZAAN ANTARA : PILIHAN....NASIB....DAN TAKDIR!!!!DAN YANG PASTINYA TIADA ISTILAH NASIB DALAM KAMUS ENCIK RIZAL.
7. SATU KURSUS YANG MENARIK....SEORANG PENCERAMAH YANG HEBAT!!! TERIMA KASIH ENCIK RIZAL. BERMULA DETIK INI JUGA SAYA BERAZAM AGAR SAYA TIDAK AKAN MEMBANGAU LAGI DAN TIDAK AKAN MEMBANGAU ORANG LAIN LAGI!!!!

Friday, July 10, 2009

Walhasil Balik Asal Itu Fasal Tak Hasil

SUMBER: KADIRJASIN.BLOGSPOT.SOM:
PEMBAHAS Mohdainul yang mengulas dalam tampalan saya yang lalu, antara lain, berkata:
“Belum lagi reda dengan kita dikejutkan oleh pengumuman PM mengenai dasar liberalisasi ekonomi dan langkah-langkah affirmatifnya, sekarang TPM pula mengumumkan pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat.
"Baru saja PM mengumumkan yang kita harus bersedia di dalam menghadapi era globalisasi dan sebagaimana yang kita maklum, globalisasi ini didukung oleh negara-negara barat seperti AS dan Kesatuan Eropah. Bahasa rasmi pertuturan mereka adalah Bahasa Inggeris dan Perancis. Pusat pembelajaran sains dan teknikal serta bahan-bahan ilmiah kebanyakannya di tulis didalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman.
”Kata orang putih, “spot-on”.
Terima kasih kepada pembahas Mohdainul dan semua yang membangkitkan isu itu walaupun saya tidak membincangkannya.
I still do not propose to comment on the decision.
Rasa-rasanya saya tidak mempunyai kemampuan dan kecekalan minda untuk memahami dan menghadapinya.Ada tidak pun, saya hanya hendak bercakap sedikit mengenai betapa nenek moyang kita sudah memberikan kita pelbagai ilmu, petunjuk dan peringatan.
Mungkin elok kita melawati semula kebijaksanaan mereka.Mereka berkata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tetapi, kata mereka, kalau malu bertanya (atau dalam konteks semasa tak tahu guna Google Maps) sesat jalan.
Bunga yang cantik warnanya dan wangi baunya, akan hancur rosak jika diberikan kepada kera. Kera yang diberikan bunga itu tetap kelaparan. Kara tidak tahu apa gunanya bunga.Tetapi jika bunga yang wangi dan cantik itu ditemui oleh lebah ia akan mengumpul madunya dan diterbangkannya balik ke sarang. Madu yang manis banyak khasiatnya.
Beri labu kepada tikus, labu yang baik menjadi rosak labu yang rosak jahanam terus.Berikan labu tempat mengisi air kepada si Luncai dia akan terjun ke sungai bersama-samanya.
Biarkan, biarkan.Tidak mengapalah jika labu itu milik si Luncai, tetapi apa halnya jika labu itu milik kita semua dan yang terjun ke sungai itu bukan si Luncai tetapi para Yang Berhormat kita?Kerbau suka tanah berlumpur. Dijadikannya kubang.
Seekor kerbau membawa lumpur habis satu kandang terpalit.Tetapi ada rahsia di sebalik kegemaran kerbau berkubang. Lumpur menyejukkan badan, membunuh kutu dan pijat serta mengelak lalat dan langau.
Beri ketulan tanah dan kayu mati kepada anai-anai dan ia akan membina busut yang kukuh dan kalis air. Kata nenek moyang kita, berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit.
Buatlah dasar dan rancangan sehebat mana pun tetapi kalau ibarat bunga ia diberikan kepada kera ia tidak akan berjaya.
Akhirnya anak cucu kita menjadi kera sumbang – tak laku dan diketepikan.
Teringat saya kepada lirik lagu Allahyarham seniman agung P Ramlee yang, antara lain, berbunyi:
Walhasil balik asal
Walasal balik hasil
Walhasil cari fasal
Itu fasal tak hasil.
Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, melalui blog raksasanya membuat pungutan suara dengan bertanya soalan berikut:“DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?”(Adakah anda penyokong keputusan Kerajaan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia?)
Sehingga beberapa waktu sebelum saya membuat tampalan ini, 23 peratus (4,117 orang) berkata “yes” dan 77 peratus (13,603) berkata “no”.
Saya akhiri dengan mengucapkan syabas kepada para “pejuang bahasa”. Tahniah kepada para cauvinis semua kaum. Bravo kepada si penakut dan yahoo kepada para hipokrit.
KOMEN BLOGGER: DALAM MAKNANYA SETIAP KATA-KATA YANG DIUNGKAPKAN YANG PENUH DENGAN KIASAN YANG PERLU DIRENUNG-RENUNGKAN.

Harap diteruskan

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 10HB JULAI 2009:
AGAK terkejut dan sedih juga apabila PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012. Alasannya kerana ramai murid jadi lembap dalam Matematik dan Sains kerana tidak faham bahasa Inggeris. Tapi adakah yang membangkang sebelum ini merupakan murid-murid atau ibu bapa mereka?
Yang berpiket, bersyarah semuanya yang sudah habis belajar, tidak nampak pun murid-murid yang piket dan angkat kain rentang menentang PPSMI.

Yang belajar murid-murid ini, tapi kenapa murid-murid tua pula yang bantah? Kasihan kepada murid-murid ini nanti, begitu juga guru-guru yang telah dilatih dan dibayar elaun mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Dikhabarkan dengan pemansuhan ini maka pengajaran Matematik dan Sains akan diajar dalam bahasa ibunda semula. Maka orang Melayu akan diajar dalam bahasa Malaysia, orang Cina dalam bahasa Mandarin dan orang India dalam bahasa Tamil.

Saya hairan, bukankah setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM diumumkan, diberitahu bahawa pencapaian murid-murid dalam kes PPSMI ini bertambah baik? Tiba-tiba dimansuhkan pula?

Tapi apa pun ia sudah diumumkan untuk dimansuhkan pada 2012. Boleh diubahkah? Kalau tidak dimansuhkan alangkah baiknya.

Tapi yang pasti murid-murid tidak akan membantah kerana mereka tidak mengerti tujuan dibuat sesuatu polisi. Mereka itu hanya perlu belajar, jadi apa saja akan diikuti tanpa merungut.

ALCIHNOST@YAHOO.COM
Butterworth
KOMEN BLOGGER: UNTUK RENUNGAN BERSAMA....

''Saya seorang di antara berjuta pelajar...''

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 10HB JULAI 2009:
PADA petang 8 Julai 2009, keputusan yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia telah diumumkan. Isu PPSMI telah sampai ke penghujungnya, dengan keputusan yang diambil iaitu tidak meneruskan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Keputusan ini mungkin melegakan hati banyak pihak. Namun, tidak bagi saya.

Mungkin saya ini bersikap antiklimaks. Namun, saya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang diambil kerajaan. Saya tidak menyalahkan kerajaan 100 peratus. Ini adalah kehendak rakyat. Kehendak rakyat mesti dituruti.

Saya, sebagai seorang salah seorang di antara berjuta pelajar yang terlibat dalam agenda yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ini merasakan bahawa PPSMI mesti diteruskan.

Mungkin artikel ini sedikit pun tidak boleh menyebabkan keputusan berubah, namun hati saya seakan-akan menjerit menginginkan PPSMI diteruskan.

Kebaikan PPSMI tidak dapat dilihat dalam tempoh satu tahun. Ia merupakan kesan yang hanya akan dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang akhirnya dapat dirasai oleh kita sendiri.

PPSMI bukanlah bertujuan mendera pelajar, jauh sekali merubah pelajar Malaysia menjadi pelajar Barat. Ia bertujuan untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara kita.

Saya berpendapat bahawa orang lain tidak dapat melihat apa yang difikirkan di dalam minda Tun Dr. Mahathir ketika beliau merasakan bahawa PPSMI patut dilaksanakan suatu masa dahulu.

Namun, beliau percaya bahawa PPSMI mampu mengangkasakan bangsanya ke suatu tahap yang mungkin tidak terduga kita. Beliau berpandangan jauh.

Tiada guna saya menulis artikel yang panjang, kerana akhirnya ada pihak yang akan terus bermati-matian untuk memaksa kerajaan membuat keputusan yang salah.

Suara mereka didengar rakyat. Siapalah saya untuk rakyat mendengar suara hati kecil saya. Saya hanya antara berjuta pelajar yang sepatutnya menerima kebaikan, namun semua itu dicantas oleh pihak lain.

SUARA HATI,
Kuala Kangsar, Perak
KOMEN BLOGGER: SUARA HATI...ANDA TIDAK KESEORANGAN DAL HAL INI. RAMAI LAGI PELAJAR DAN IBU BAPA SAMA PENDAPAT DENGN ANDA NAMUN APAKAN DAYA.....SIAPALAH KITA!

Thursday, July 9, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

SUMBER: BLOG TUN DR. MAHATHIR / DITULIS PADA 13HB MAC 2009 - DISIARKAN SEMULA UNTUK RENUNGAN BERSAMA:

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;• Oxygenation• Oxidation• Oxide• Oxidants• Deoxydation• Oxidise• Oxidification• Dioxide• Monoxide• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

PAGE terkejut dengan keputusan PPSMI

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 9HB JULAI 2009:
KUALA LUMPUR 8 Julai - Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) merasa hampa dan terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Kabinet berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presidennya, Datin Noor Azimah Abdul Karim berkata, keputusan itu bertentangan dengan kajian yang dibuatnya terhadap ibu bapa yang merujuk bahawa 95 peratus daripada mereka menyokong agar pelaksanaan PPSMI diteruskan.

Justeru beliau menegaskan agar kerajaan memberi pilihan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sama ada untuk mengekalkan pelaksanaan tersebut di sekolah masing-masing.

''Kami akan merayu agar kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran memberi pelepasan kepada pihak sekolah yang mahu meneruskan pelaksanaan dasar tersebut kerana kami tahu banyak sekolah dan ibu bapa yang bersetuju agar PPSMI diteruskan," tegas beliau.

Katanya, secara logistik di pihak sekolah yang terlibat telah menunjukkan kelancaran pelaksanaan PPSMI itu.

Beliau berkata, PAGE telah dijemput oleh Kementerian Pelajaran untuk memberi pandangan semasa mesyuarat meja bulat sebanyak dua kali pada tahun lalu.

''Kali terakhir kami membentangkan dapatan kajian kami kepada ahli-ahli politik iaitu pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Seminar Kesedaran Keselamatan Internet di sini hari ini.

PAGE telah mengedarkan borang kaji selidik berjumlah 3,000 kepada pihak sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh negara dan sejumlah 2,000 borang yang diisi menunjukkan 95 peratus menyokong pelaksanaan PPSMI untuk diteruskan.

Noor Azimah berkata, PAGE juga terkejut kerana semasa mesyuarat meja bulat itu tiada perbincangan mengenai pemansuhan PPSMI untuk sekolah-sekolah menengah.

Malah kata beliau, pihaknya turut mengusulkan jika berlaku pemansuhan, ia harus berlaku pada tahun 2016.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAGE, Mahiyuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa sepatutnya keputusan mengenai masa depan pendidikan para pelajar terletak di tangan ibu bapa.

''Adakah jaminan daripada anak-anak kami pada masa hadapan mampu bersaing dan mendapat pekerjaan yang lebih terjamin di syarikat-syarikat swasta?" katanya.

PAGE turut menegaskan terdapat beberapa kekeliruan dalam kenyataan berhubung kejatuhan peratusan dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2005 dan 2007 dan tidak boleh dikaitkan dengan pelaksanaan PPSMI.

Saya sedih - Dr. Mahathir

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 9HB JULAI 2009:

PUTRAJAYA 8 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih atas keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan di bawah pentadbiran beliau enam tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri menjelaskan langkah memansuhkan dasar itu tidak dirundingkan dengan beliau sebaliknya kerajaan telah membuat keputusan lebih awal.

''Kerajaan telah membuat keputusan, saya hanya diberikan taklimat dan maklumat tentang apa yang akan dilakukan oleh kerajaan.

''Saya ada mencadangkan supaya dasar itu dikekalkan bagi peringkat sekolah menengah tetapi itu pun ditolak, mereka tidak terima sama sekali, jadi itu bukan runding tapi hanya taklimat," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian terhadap keputusan kerajaan hari ini memansuhkan PPSMI berkuat kuasa pada 2012.

Dr. Mahathir berkata, pemansuhan PPSMI akan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa apabila mereka tidak dapat mempelajari perkembangan ilmu Sains dan Matematik pada masa depan.

Beliau turut mempertikaikan alasan pemansuhan dasar tersebut bagi memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan kerana penggunaan semula bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik hanya melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan.

Sedangkan, katanya, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi mengajar kedua-dua subjek tersebut.

Mengenai masalah guru Sains dan Matematik yang tidak fasih berbahasa Inggeris, beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu berbahasa Inggeris.

''Kita perlu menghadapi masa yang susah, ini amat penting bagi masa depan anak cucu dan negara, maka kita harus menghadapi cabaran pada peringkat awal.

''Saya yakin guru-guru kita boleh mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.
Mengenai langkah kerajaan mahu melatih lebih ramai guru bahasa Inggeris, beliau menyifatkan perkara itu sesuatu yang baik.

''Kalau boleh melatih guru-guru bahasa Inggeris kenapa tidak boleh latih guru Sains dan Matematik, kita perlu belajar kerana ia amat penting bagi masa depan anak-anak kita," katanya.

Sebenarnya, kata beliau, dasar PPSMI tidak menjadi masalah kerana sebelum ini kerajaan pernah menukar pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

''Pada masa itu tidak ada bantahan sedangkan ketika itu ramai guru tidak fasih berbahasa Melayu tetapi akhirnya mereka berjaya menguasai bahasa kebangsaan.

''Jadi, pada masa ini kalau kita guna bahasa campur-campur pun tak apa tetapi pada masa yang sama kita perbaiki prestasi guru," katanya.
KOMEN BLOGGER: TUN...SAYA ANTARA RAKYAT MALAYSIA YANG SANGAT SEDIH DENGAN PEMANSUHAN INI. JUSTERU TIMBUL SATU PERSOALAN DALAM PEMIKIRAN SAYA, ADAKAH KITA SEMAKIN MAJU KE HADAPAN ATAU SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG? SAYA PASTI ADA JAWAPAN APABILA ANAK CUCU SAYA SUATU HARI NANTI BERTANYAKAN KENAPA KAMI TIDAK DI AJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS SEDANGKAN ITU ADALAH MATAPELAJARAN PENTING/GLOBAL YANG MEMBOLEHKAN MEREKA MENGUASAI DUNIA. SAYA JUGA PASTI ADA JAWAPAN JIKA MEREKA TANYA KENAPA KAMI GAGAL UNTUK BERSAING DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN DI MANA YANG PANDAI AKAN MENGUASAI YANG LEMAH. APAPUN SAYA TETAP AKAN UTAMAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS UNTUK ANAK-ANAK SAYA DALAM SEGALA ASPEK DAN MATAPELAJARAN TANPA MENAFIKAN BAHASA MELAYU. KERANA SAYA INSAF, SAYA SEDAR DAN SATA TAHU APA MASALAHNYA JIKA TIDAK TAHU DAN TIDAK PANDAI BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS. JUSTERU SAYA TIDAK MAHU ANAK-ANAK SAYA JUGA MENERIMA NASIB YANG SAMA KELAK.

Tuesday, July 7, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA - CAMERON HIGHLANDS















































PERCUTIAN KE CAMERON HIGHLANDS BERSAMA KELUARGA PADA 4HB - 5HB JULAI 2009.KENANGAN MENGUSIK JIWA.