Wednesday, May 27, 2009

CUEPACS abaikan lulusan universiti

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 26HB MEI 2009

Saya secara peribadi berbangga menjadi seorang warga kakitangan Kerajaan Malaysia walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah bahagi.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang dikenali pembela kakitangan kerajaan sejak menerajui Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran mahupun sebagai Perdana Menteri.

Namun persoalan saya apakah hala tuju perjuangan kepimpinan CUEPACS yang dilihat hanya memperjuangkan penambahbaikan bagi kakitangan sokongan sahaja. Adakah nasib kami lepasan universiti tidak layak untuk diperjuangkan?

Untuk makluman, golongan kami ibarat telah dijadikan anak tiri. Tuntutan pelarasan gaji yang diluluskan oleh kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, hasil perjuangan CUEPACS, telah menjadikan gaji antara kami lebih rendah berbanding gaji rakan yang tidak ke universiti.

Ini berlaku hasil gerakan mata gaji 25 peratus bagi kumpulan sokongan dan hanya 15 peratus untuk kami. Kemudian beberapa keistimewaan kenaikan pangkat dipermudahkan ke gred 32 dan sehingga ke gred 38 yang mana jumlah gaji hampir menyamai gaji Pengetua Gred DG 48!
Saya berpendapat kedudukan ini amatlah unik di mana golongan yang belajar tinggi mendapat gaji lebih rendah berbanding mereka yang tidak ke menara gading. Jika tidak, masakan heboh saban hari golongan guru DG 41 yang melanjutkan pelajaran meminta pihak berwajib menimbang kedudukan mereka yang rendah gaji, bukan oleh rakan yang sama keluar maktab, malah gaji junior dari maktab pun melebihi mata gajinya.


Memang lebih pelik jika berkhidmat di sekolah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, mahu pun DG 44, akan menerima arahan dan tugasan daripada pegawai di Pejabat Pelajaran yang mempunyai gred DG 29 atau DG 32 walau pun penstrukturan baru ada menunjukkan penambahan pegawai DG 41.

Berita terbaru menambahkan lagi keistimewaan kumpulan sokongan di mana 15 tahun berkhidmat automatik mendapat kenaikan pangkat. Itu belum lagi tuntutan yang akan dibuat untuk memohon penambahan Elaun Cola dan Elaun perumahan bagi kumpulan sokongan ini.
Tahniah diucapkan kepada kepimpinan CUEPACS yang menjadi pembela golongan sokongan. Namun pastikan mereka itu menjadi nadi penggerak utama dasar dan menjadi penyokong setia kerajaan di waktu senang dan susah serta tidak menjadi duri dalam daging kerajaan pada waktu pilihan raya nanti.


RIDZUAN MAHMUD
Kuala Lumpur

NOTA SAYA: TERIMA KASIH CIKGU RIDZUAN ATAS KEPRIHATINAN DALAM MENGUTARAKAN ISU INI. SAYA RASA IANYA BUKAN HANYA BERLAKU PADA SKIM DG SAHAJA MALAH SKIM-SKIM PERKHIDMATAN P&P LAIN PUN MENGALAMAI NASIB YANG SAMA JUGA. DI HARAP CUEPACS AKAN MENGAMBIL PERHATIAN ISU INI DAN MENCARI JALAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN P&P JUGA DAN BUKAN KUMPULAN SOKONGAN SEMATA-SEMATA SEPANJANG MASA KERANA KAMIPUN STAF KERAJAAN JUGA.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU 2009

GURU
AKU KENAL HURUF KERANAMU
AKU TAHU BACA KERANAMU
AKU KENAL DUNIA KERANAMU

GURU
WALAUPUN KERJAYAMU PENUH LIKU
WALAUPUN DIRIMU SERING DICERCA
NAMUN KAU TETAP TABAH
DEMI MANYALA MASA DEPAN ANAK BANGSA


GURU
KAU TAK PERNAH JEMU
MELAYAN KARENAH ANAK MURIDMU
KESABARAN DAN SENYUMANMU SENTIASA MENAWAN KALBU

GURU
KAU INSAN MULIA
KAU ADA DI KALA SUSAH
KAU ADA DI KALA SEPI
KAU PENEMAN SEJATI

GURU
AKU BERJAYA KERANAMU
KAU PELAHIR INSAN CEMERLANG
SUMBANGANMU KEKAL ABADI

GURU
AKU MENYUSUN SEPULUH JARI
MOHON AMPUN DAN MAAF SEGALA KESILAPAN DAN KEDEGILANKU
SEMOGA KAU HALALKAN SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN
AKANKU KENANGMU SEPANJANG HAYATKU
SELAMAT HARI GURU

HASIL NUKILAN:
NOOR MOHAMAD BIN SHAKIL HAMEED
15HB MEI 2009


Monday, May 11, 2009

FAMILY DAY DI CHALET RIMBA JINBARA

9HB - 10HB MEI 2009. CHALET RIMBA JINBARA, KEMENSAH, HULU KLANG.










































SATU DESTINASI LEPAK/SANTAI/OUTING/CAMPING YANG MENARIK. TERLETAK DI KEMENSAH, HULU KELANG DEKAT ZOO NEGARA.
HARGA CHALET JUGA AGAK BERPATUTAN DENGAN SUASANA KAMPUNG SERTA PELUANG UNTUK BERMANDI-MANDA BERSAMA KELUARGA.








































































Wednesday, May 6, 2009

Artis dijulang, doktor dan guru pula dicemuh

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE BERTARIKH 6HB MEI 2009:

ANUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda.

Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar.

Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million.

Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16.

Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku.

Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua.

Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara.

Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu.

Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini.

Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.''

Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu.

Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya.

Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari.
Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan.

Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak.
Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku.

Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali.

MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran
dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya,
Johor Bahru

Monday, May 4, 2009

KENAPA GURU YANG SERING DIPERSALAHKAN?

1. DESAWA INI SERING DIDEDAHKAN/DIWAR-WARKAN TENTANG PELBAGAI MASALAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI MASALAH DISIPLIN/SALAH LAKU PARA PENDIDIK.

2. BERMULA DENGAN ISU MEROTAN. MENCUBIT, GURU MENYIMPAN GAMBAR LUCAH DAN SEBAGAINYA. KITA MASIH INGAT DENGAN PERUMPAAN GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI UNTUK MENERANGI HIDUP PARA PELAJARNYA.

3. TETAPI DI MANA KEWAJARAN DAN KEBENARAN BERITA-BERITA YANG SERING DIPERHEBOHKAN INI. APAKAH TUJUAN PIHAK YANG BERKENAAN YANG SUKA MENUDING JARI MENYALAHKAN PARA GURU.YANG PASTI ADA PIHAK YANG CUBA MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS NAMA UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK GOLONGAN TERTENTU YANG SAYA YAKIN ADA MUSLIHAT DISEBALIKNYA.

4. APAKAH KITA LUPA JASA DAN PENGORBANAN SEORANG INSAN MULIA YANG BERNAMA GURU? PERLUKAH KITA MENGAIBKAN MEREKA SEBEGINI? YA MEMANG BENAR ADA SEGELINTIR DARIPADA MEREKA YANG MEMBAWA MASALAH/MENCEMARKAN NAMA BAIK PEKERJAAN INI TETAPI ADAKAH WAJAR KITA LANGSUNG MEMANDANG HINA KUMPULAN MAJORITI YANG MASIH MERUPAKAN INSAN YANG MULIA.

5. SEMPENA HARI GURU YANG BAKAL KITA SAMBUT TIDAK LAMA LAGI, HARAPANNYA AGAR KITA MEMARTABATKAN KEMBALI INSTITUSI PERGURUAN DI NEGARA KITA. SEMUGA DENGAN PERLANTIKAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI SELAKU MENTERI PELAJARAN IANYA AKAN MEMBAWA SERIBU SATU RAHMAT KEPADA WARGA PENDIDIK HENDAKNYA.

6. SAYA MASIH PERCAYA DAN YAKIN DENGAN SAJAK YANG TELAH DINUKILKAN OLEH DATUK USMAN AWANG PADA 1979 YANG BERTAJUK GURU OH GURU: DISERTAKAN SAJAK TERSEBUT SEBAGAI RENUNGAN KITA BERSAMA:

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979