Wednesday, April 29, 2009

CUEPACS usah hanya tuntut gaji

SUMBER: UTUSAN ONLINE 29HB APRIL 2009:

Tindakan Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, memaklumkan kes doktor tidak bertanggungjawab yang melengahkan proses rawatan kepada media adalah tepat dan perlu disokong. Kenyataan CUEPACS yang kesal terhadap tindakan Timbalan Menteri itu adalah tidak wajar.

Sebagai rakyat biasa, saya masih tidak tahu apa yang dilakukan oleh CUEPACS untuk membetulkan disiplin dan menangani aduan rakyat tentang kakitangan awam.

Sekiranya kakitangan awam benar-benar bekerja dengan penuh dedikasi maka aduan seperti ini pastinya tidak akan timbul. Kerjaya sebagai doktor adalah dianggap profesional namun mereka turut ‘curi tulang’. Maka tidak hairanlah dan berkemungkinan besar sekiranya mereka yang menjawat jawatan lain seperti kerani, penyambut tetamu, pegawai dan sebagainya akan lebih ‘curi tulang’.

Apa yang diperjuangkan CUEPACS selama ini hanyalah menuntut kenaikan gaji dan pelbagai imbuhan lain. Tetapi rakyat yang membayar ‘gaji’ kakitangan kerajaan melalui cukai dan sebagainya sentiasa dilayan dengan buruk.

CUEPACS perlu sedar bahawa tuntutan tersebut perlu selari dengan kualiti kerja. Dalam hal ini, CUEPACS digesa turun padang, seterusnya menyediakan pasukan khas yang sentiasa memantau dengan kerap prestasi kakitangan kerajaan di bawah naungan mereka. Adakan lawatan mengejut dan ‘berlakon’ sebagai pelanggan supaya mereka tahu permasalahan sebenar yang dihadapi oleh rakyat.

Berdasarkan pengalaman berurusan dengan pihak hospital mahupun jabatan kerajaan, mutu yang diberikan terutamanya dari aspek layanan, kualiti perkhidmatan, budi bahasa dan khidmat pelanggan adalah rendah dan menyakitkan hati.

Mereka beranggapan pelanggan yang datang adalah satu beban dan tambahan kerja bagi mereka. Perlu diingat bahawa permasalahan sikap dan juga mutu kerja perkhidmatan awam sentiasa dipersoalkan oleh masyarakat.

Pengalaman peribadi saya juga menunjukkan bahawa jabatan ataupun agensi kerajaan ini akan lebih takut sekiranya kecuaian ataupun prestasi buruk mereka diketahui umum.

Beberapa bulan yang lalu saya ada menghantar beberapa teguran mengenai agensi kerajaan ke media dan telah disiarkan. Kesannya mereka dengan segera menelefon kembali dan memohon maaf atas segala kesulitan dan berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar Menteri, Timbalan Menteri dan semua pemegang jawatan utama awam supaya selalu turun padang dan membuat pemeriksaan mengejut bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan terhadap agensi atau jabatan yang mereka tadbir.

Dalam hal ini, kerajaan perlu sedar bahawa imej kerajaan adalah terletak di tangan pegawai-pegawai mereka yang berkhidmat di seluruh negara.

Sekiranya rakyat sudah hilang keyakinan, teguran dibiarkan sepi dan mereka sudah bosan dengan kerenah kakitangan kerajaan yang bermasalah ini, maka rakyat pasti akan menterjemahkan protes mereka di peti undi.

Ini amat merugikan kerajaan dan mencemarkan nama baik kakitangan lain yang bekerja dengan penuh tanggungjawab.

AZMI AHMAD

Pontian, Johor

P/S: SEKADAR MEMANJANGKAN LUAHAN RAKYAT MALAYSIA.

Selesema babi merebak ke 16 negara

SUMBER UTUSAN MALAYSIA ONLINE 29HB APRIL 2009:

Wabak selesema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di 16 buah negara termasuk di Eropah dan Asia.

Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 orang kelmarin.

Satu kes disyaki di Thailand, dua lagi di Singapura.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan aras amaran dari tahap tiga kepada empat.

P/S: YA ALLAH JAUHKANLAH BUMI MALAYSIA INI DARI SEGALA JENIS WABAK PENYAKIT. AMIN.

Modenisasi sektor awam

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE 29HB APRIL 2009



PUTRAJAYA 28 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencadangkan jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik.
Perdana Menteri berkata, pembaharuan struktural perkhidmatan awam itu dicadangkan demi kepentingan rakyat.

“Kita tidak boleh lagi terlalu dogmatik, kita perlu mendapatkan bakat yang terpilih, terbaik dan tersaring demi kepentingan rakyat,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.
Beliau berkata, cadangannya mengenai kaedah sistem kemasukan pelbagai peringkat ke dalam perkhidmatan awam itu akan dapat memanfaatkan proses keterampilan bersilang antara bakat-bakat sektor awam dan sektor swasta serta GLC.

Najib juga mencadangkan satu dasar pintu terbuka dengan pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke GLC dan sebaliknya untuk saling menimba ilmu.
Perdana Menteri berkata, dengan cara itu pegawai perkhidmatan awam boleh didedahkan kepada keperluan sektor swasta yang merupakan peneraju utama pertumbuhan negara.
Bagi mendapatkan bakat yang terbaik, katanya, perkhidmatan awam perlu mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan seperti Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Negara.

“Kita akan menghantar yang terbaik di kalangan penjawat awam untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti Kennedy School of Government di Universiti Harvard dan Wharton Business School di Universiti Pennsylvania,” katanya.
Serentak itu, Najib mencabar generasi muda yang hari ini mengkritik sektor awam untuk bersama-sama menambah baik sistem perkhidmatan awam dari dalam.
Kata beliau, meskipun kerajaan sedar buat masa ini sektor itu tidak boleh menandingi kelumayanan yang ditawarkan oleh sektor swasta tetapi apa yang ia boleh tawarkan adalah rasa kepuasan berkhidmat demi rakyat dan negara.

“Dalam menterjemahkan aspirasi ini, saya komited untuk memastikan perkhidmatan awam Malaysia dianggotai anak-anak Malaysia yang terbaik.
“Marilah bersama menyertai sektor awam, mempersembah kudrat dan pemikiran saudara-saudari demi pertiwi. Walau apa pun, kita sedang berusaha untuk menyemak dan menambah baik skim-skim perkhidmatan yang kritikal agar pengorbanan saudara-saudari dihargai,” katanya.

P/S : HARAP ADA TRANSFORMASI YANG MENYELURUH DALAM SEKTOR AWAM AGAR RAKYAT MENDAPAT MANFAAT YANG DIHARAPKAN.

Friday, April 17, 2009

PILIHANRAYA KECIL LAGI!

1. SEOLAH-OLAH SUDAH JADI SATU KEBIASAAN PULA DI NEGARA KITA DEWASA INI UNTUK MENGADAKAN PILIHANRAYA KECIL. JIKA PUNCANYA KERANA ADA WAKIL YANG MENINGGAL DUNIA MEMANG WAJAR KITA TERIMA TETAPI KEBANYAKKANNYA BERPUNCA DARIPADA ISU PERLETAKAN JAWATAN WAKIL YANG MENANG.

2. DUIT RAKYAT PERLU DIBAZIRKAN LAGI UNTUK MELAKSANAKAN PILIHANRAYA KECIL INI. DI KALA KEADAAN EKONOMI YANG SEMAKIN TERUK, PERLUKAH DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN SEDEMIKIAN RUPA?

3. KAN LEBIH ELOK JIKA DUIT ITU DIGUNAKAN UNTUK BENDA YANG LEBIH BERFAEDAH KEPADA RAKYAT?

4. FIKIR-FIKIRKANLAH SEMUA YB SEKALIAN YANG ADA DI SEANTERO MALAYSIA.........RAKYAT MAHUKAN KEADILAN....RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN......BUKAN POLITIK INI YANG RAKYAT MAHUKAN.....RAKYAT SUDAH MUAK.....DAN SEMAKIN MARAH DAN KECEWA.....

5. JANGAN ADA NANTI TIADA SEORANGPUN PENGUNDI TURUN UNTUK MENGUNDI PADA HARI PENGUNDIAN KERANA BOIKOT DAN MARAH.

Friday, April 10, 2009

SAF BAHARU PM KE-6

1. TEJAWAP SUDAH SEGALA TEKA TEKI BERKAITAN KABINET BAHARU MALAYSIA DI BAWAH PM KE-6 DATO' SRI NAJIB. PELBAGAI KOMEN DAN PANDANGAN DIBERIKAN OLEH PELBAGAI PIHAK BERKAITAN SAF BAHARU TERSEBUT.

2. WALAU APAPUN KITA PERLU BERI MASA KEPADA SAF INI UNTUK BUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA. APATAH LAGI BARISAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN MUKA BAHARU DAN MUKA LAMA, ORANG BAHARU DAN ORANG YANG BERPENGALAMAN.

3. TAHNIAH KEPADA YANG PERTAMA KALI DILANTIK. TERIMA KASIH KEPADA YANG TIDAK DILANTIK SEMULA ATAS SUMBANGAN SEBELUM INI.

4. SEMOGA KESEMUA YANG BAHARU INI DAPAT DIUKUR PENCAPAIAN MEREKA MELALUI KPI YANG TELAH DITETAPKAN.

5. SELAMAT BERTUGAS YB!!!

P/S: TAHNAIH DATO' MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR.

Tuesday, April 7, 2009

SELAMAT MENGUNDI

1. HARI INI PENGUNDI DI BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI AKAN KELUAR UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI DALAM PILIHANRAYA KECIL DI KETIGA-TIGA KAWASAN TERSEBUT.

2. SEMOGA PERATUSAN KELUAR MENGUNDI KALI INI LEBIH BESAR BERBANDING PADA PILIHANRAYA UMUM KE-12 PADA MAC 2008 DAN DIHARAPKAN PROSES PENGUNDIAN DAN PERJALANAN PILIHANRAYA KECIL INI BERJALAN DENGAN LANCAR, AMAN DAN SELAMAT SEHINGGA KE AKHIRNYA.

3. HARAPAN SAYA KEPADA PARA PENGUNDI KETIGA-KETIGA KAWASAN TERSEBUT IALAH, PILIHLAH CALON YANG BOLEH BEKERJA DENGAN IKHLAS UNTUK KAWASAN MASING-MASING DAN DISAMPING MEMILIH CALON BERDASARKAN KEPERIBADIAN DAN KEPIMPINANNYA ADALAH WAJAR JUGA PARA PENGUNDI MENGAMBILKIRA PARTI YANG MEREKA MEWAKILI.

4. INI KERANA KREDIBILITI PARTI DAN KEPIMPINANNYA JUGA BANYAK MENENTUKAN HALA TUJU PEMBANGUNAN KAWASAN MASING-MASING APATAH LAGI SELEPAS BERLAKUNYA BEBERAPA PERISTIWA PENTING SEPERTI TUMBANGNYA KERAJAAN NEGERI PERAK, PERALIHAN KUASA JAWATAN PM DAN JUGA KEMBALINYA TUN MAHATHIR KE PANGKUAN UMNO.

5. SELAMAT MENGUNDI!!!!!

Monday, April 6, 2009

SIRIH PULANG KE GAGANG

1. SELAMAT KEMBALI TUN DR. MAHATHIR KE PANGKUAN UMNO. UMPAMA SIRIH PULANG KE GAGANG Y.A.BHG. TUN MAHATHIR BERSAMA ISTERI DAN ANAK AKHIRNYA TELAH MENYERAHKAN BORANG KEMASUKAN SEMULA KE UMNO.

2. KITA HARAP INI AKAN MENGEMBALIKAN SEMULA KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP UMNO SERTA PERDANA MENTERI YANG BAHARU.

3. SEMOGA TUN DAPAT BEKERJASAMA BERSAMA-SAMA DENGAN DATUK SRI NAJIB SEBAGAIMANA BELIAU DAN TUN RAZAK DAHULU DALAM USAHA UNTUK MENAIKKAN SEMULA NAMA MALAYSIA DI PERSADA ANTARABANGSA.

4. WELCOME BACK TUN!!!

TAHNIAH DATUK SRI NAJIB, TERIMA KASIH TUN ABDULLAH

1. AKHIRNYA SEMUA PROSES PERALIHAN KUASA SEPERTI YANG DITUNGGU-TUNGGU TELAH SELESAI DENGAN BAIK. DATUK SRI NAJIB SECARA RASMINYA DITABALKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 MENGGANTIKAN TUN ABDULLAH BADAWI.

2. SEMOGA DATUK SRI NAJIB DAPAT MEREALISASIKAN HARAPAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BEGITU TINGGI PADANYA.

3. DI KESEMPATAN INI JUGA ADALAH WAJAR UNTUK KITA MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA TUN ABDULLAH YANG SUDI MELEPASKAN JAWATAN DAN JUGA DI ATAS SEGALA SUMBANGAN BELIAU SELAMA INI. SELAMAT BERSARA TUN.