Friday, August 28, 2009

SELAMAT MERDEKA
Kemerdekaan adalah suatu rahmat dan nikmat yang tidak ternilai dan tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Marilah kita sama-sama berganding bahu menghayati, menikmati dan mempertahankan kemerdekaan ini.

SELAMAT MERDEKA IBU PERTIWIKU!!! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
"1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

MALAYSIA KITA: KEWAJARAN PEMBERIAN BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

MALAYSIA KITA: KEWAJARAN PEMBERIAN BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

Thursday, August 27, 2009

KEWAJARAN PEMBERIAN BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

1. Seperti biasa tuntutan bonus oleh kakitangan awam sudah mula kedengaran. Sudah ada kakitangan awam yang secara terus momohon daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui laman web 1Malaysia.

2. Saban tahun Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang akan mengepalai tuntutan bonus dari kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.

3. Fenomena meminta bonus seolah-olah sudah menjadi agenda tetap baik di pihak CUEPACS mahupun setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.

4. Bagi tahun ini ada yang mencadangkan pemberian bonus minima RM1,000 dengan kaedah pembayaran secara berperingkat iaitu sebelum Hari Raya Puasa dan pertengahan Disember untuk tujuan perbelanjaan sesi persekolahan yang baru.

5. Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambilkira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.

6. Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesatan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minima atau perlahan.

7. Kita percaya dalam scenario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi Negara.

8. Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalamnya permohonan ini ataupun dengan mengambilkira keadaan semasa kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah disamping mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan.


9. Sambutan Hari Raya Puasa tahun ini agak awal berbading tahun-tahun sebelumnya yang sekaligus mendepani tarikh pembentangan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober ini.

10. Ini sekaligus mula merisaukan semua penjawat awam apakah berpeluang untuk menikmati bonus lebih awal (jika ada) berbanding perlu menunggu sehingga pembentangan bajet kelak.

11. Pada masa yang sama sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat-saat yang getir sebegini. Sememangnya ekonomi global tidak begitu memberangsangkan maka eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan.

12. Apapun kita berharap pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambilkira semua aspek dan persekitaran semasa dalam membuat keputusan.

13. Bagi penjawata awam pemberian bonus adalah wajar dan sangat diperlukan namun bagaimana pula kewajaran di pihak kerajaan?

Wednesday, August 26, 2009

TERIMA KASIH UTUSAN MALAYSIA

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGARANG UTUSAN MALAYSIA YANG SEHINGGA KE HARI INI TELAH MENYIARKAN TIGA (3) ARTIKEL TULISAN SAYA DALAM AKHBAR PERDANA INI SEPERTI BERIKUT:
TAJUK: "ANTARA GULA DAN PENUTUP MULUT" DALAM RUANGAN FORUM PADA TARIKH 20HB OGOS 2009;
TAJUK: "KEKANG SEGERA BUDAYA KELUAR PARTI" DALAM RUANGAN PENDAPAT PADA TARIKH 26HB OGOS 2009; DAN
TAJUK: "ERTI KEMERDEKAAN BERKURANGAN" DALAM RUANGAN FORUM PADA TARIKH 26HB OGOS 2009.
SEMUGA IANYA MENYUNTIK LAGI SEMANGAT SAYA UNTUK MENULIS DAN TERUS MENULIS SEBAGAI WADAH PERKONGSIAN ILMU SEJAGAT.

Tuesday, August 25, 2009

List of Halal Certified Hotels/Resorts Endorsed by HDC

SUMBER: HTTP://WWW.MYKMU.NET:

Panduan Berbuka Puasa di Hotel. Berikut ialah senarai hotel yang mendapat pengesahan halal oleh HDC. Agak mengejutkan hotel popular yang membuat banyak tawaran berbuka buasa seperti Sunway Hotel, Equatorial Hotel, Quality Shah Alam dan Kuala Lumpur, Shangri-la, Marriot, Palace & Golden Horses, Hotel Istana dan Seri Pasific (Pan Pacific) tidak mempunyai sebarang pengesahan halal. Hotel Singgahsana Petaling Jaya juga tidak mempunyai pengesahan halal namun pada hemat penulis ianya boleh dipercayai sepenuhnya kerana hotel ini menggunakan hampir keseluruhan pekerja muslim serta tidak menghidangkan makanan dan minumam haram dalam premisnya.Berikut ialah senarai hotel yang mendapat pengesahan halal oleh Halal Industry Development Corporation (HDC):

Grand Palace Hotel
2-Km, Jalan Miri-Pujut
P.O.Box 1525
98008 MiriSarawak
15/07/2009

Mayor Hotels Berhad
T/A City Villa Kuala Lumpur
69, Jalan Haji Hussein Off Jalan TAR
50300 Kuala Lumpur
31/05/2010

Legend Hotel KL
100, Jalan Putrta
50350 Kuala Lumpur
31/07/2009

Intekma Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
31/07/2009

PNB Darby Park Executive Suites,
10 Jalan Binjai
50450 Kuala Lumpur
31/07/2009

Labuan Marina Centre Sdn Bhd
No. 1, Jalan Wawasan
87000 W.P. Labuan
31/07/2009

Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
Lot 979, 980, Pantai Bagan Lalang
Sungai Pelek, Sepang
43950 Sungai Pelek
Selangor
31/12/2009

The Paramount Hotel
3,Lorong 9a, Jalan Kampung Dato
96000 Sibu
Sarawak
15/03/2010

Empress Hotel Sepang (
Ksb Requirements & Rest Sdn Bhd)
Jalan St 1c/7
Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Selangor Darul Ehsan
31/12/2009

Tiara Labuan Hotel
Jalan Tanjung Batu87007 Labuan
31/12/2009

Grand Bluewave Hotel
Persiaran Perbandaran Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor
31/12/2009

Hotel Armada Petaling Jaya
Lorong Utara C, Section 52
P.O Box 691
Pejabat Pos Jalan Sultan
46200 Petaling Jaya
Selangor
31/12/2009

Sheraton Labuan HotelGrand Dorsett Labuan Hotel
Victoria's Brasserie
Lot 462, Jalan Merdeka
87029 Labuan St
31/07/2009

Corus Hotel, Kuala Lumpur Dondang Sayang Coffee House
Ming Court Hotel (Kl) Sdn Bhd
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
31/01/2010

Hilton Petaling Jaya 2 Jalan Barat
46200 Petaling Jaya
31/07/2009

Hotel Putra KL Lotus Nation Sdn Bhd
Aras 3, Lot 149 Seksyen 87 Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur
31/07/2009

Hotel Seri Malaysia (Ipoh)
Jalan Sturrock Off Jalan Tambun
30350 Ipoh
Perak
31/05/2010

Hotel Seri Malaysia (Taiping)
No. 4, Jalan Sultan Mansur
34000 Taiping,
Perak
14/07/2010

Hotel Seri Malaysia (Penang)
No 7, Jalan Mayang Pasir 2
Bandar Bayan Baru,11950 Pulau Pinang
31/05/2010

Kuala Lumpur Convention Centre
Kuala Lumpur City Centre50088 Kuala Lumpur
12/02/2010

IOI Resort, Putrajaya Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd
62502 Putrajaya
34/04/2010

Crystal Crown Hotel
No. 12, Lorong Utara A
Off Jalan Utara
46200 Petaling JayaSelangor
29/02/2012

Tradewinds Hotels & Resorts Sdn Bhd
Jalan Dato' Sulaiman
Taman Century Kb779
80990 Johor BahruJohor
28/02/2011

Cititel Penang
66, Penang Road
10000 Pulau Pinang
31/03/2012

The Summit Hotel Subang (USJ)
Persiaran Kewajipan Usj1
47600 Uep Subang Jaya
Selangor
30/04/2011

Hotel Seri Malaysia Genting Highland No 11,
Jalan Jati 1, Gohtong Jaya
69000 Genting Higlands
Pahang
14/05/2011

Hotel Seri Malaysia (Marang)Prim Ar (M) Sdn Bhd
Lot 3964, Kg Paya
21600 Marang Terengganu
31/05/2011

Residence Hotels & Resorts S/B
Suite 1.03, Level 1, Wisma E & C
Lorong Dungun Kiri, Damansara HeightsKuala Lumpur
31/05/2012

Ancasa Hotel Kuala Lumpur Uda Ancasa Sdn Bhd
Jalan Tun Tan Cheng Lock50200 Kuala Lumpur
30/04/2012
PESAN BLOGGER: BERHATI-HATILAH WAHAI UMAT ISLAM. RASANYA BELI MAKANAN DI PASAR RAMADAN LAGI ENAK, SEDAP, MURAH DAN HALAL KAN? FIKIR-FIKIRKAN....

BELASAH IBU

SUMBER: HARIAN METRO BERTARIKH 25HB OGOS 2009 :
KUALA BERANG: Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.
Pada mulanya, suri rumah malang berusia 62 tahun itu memanggil menantunya selepas mendapati dua gelang emas yang disimpan dalam sebuah beg di ruang tamu rumahnya hilang pada 15 Ogos lalu.Dia bertanyakan menantunya yang berusia 20-an itu sama ada ternampak gelang yang disimpan dalam beg, tetapi isteri anak lelakinya itu menafikan pernah melihatnya.
Mangsa yang resah dengan kehilangan itu kemudian bertanyakan hal sama kepada anak lelakinya, tetapi dia kerap kali mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai barang kemas berkenaan.Bagaimanapun, pada jam 6 petang Selasa lalu, anak lelaki wanita itu yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya, datang berjumpa ibunya yang sedang mengikat sayuran seorang diri di depan rumah di Kampung Tengkawang, dekat sini.
Lelaki itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ibunya yang didakwa menuduh isterinya mencuri dua gelang emas yang hilang.Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan si ibu menuduh anaknya mencuri barang kemas itu dan bukan menantunya kerana perkara sama pernah berlaku di rumah itu sebelum ini.
Berang dengan tuduhan ibunya, lelaki itu mencapai sebuah basikal di halaman rumah berkenaan dan melontarnya ke dinding rumah sebelum menghilangkan diri.Dia muncul semula 10 minit kemudian dengan membawa sebatang kayu dan terus menyerang ibunya dengan membelasah badan dan tangan kanan mangsa sebelum meninggalkan warga emas berkenaan kesakitan di halaman rumahnya.
Mangsa yang bengkak badan dan cedera di lengan kanan kemudian menemui seorang tukang urut untuk mengurut sebelum diberitahu lengannya patah berikutan kejadian itu.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, berkata berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.
Mangsa dihantar untuk rawatan di Hospital Hulu Terengganu, disahkan patah tangan kanan berikutan kejadian itu.Tengku Hamzah berkata, polis sedang memburu anak lelaki mangsa dan isterinya, masing-masing berusia 20-an yang menghilangkan diri selepas kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
KOMEN BLOGGER: APA NAK JADI DUNIA AKHIR ZAMAN? TERGAMAK SEORANG ANAK MEMBELASAH IBU KANDUNGNYA SENDIRI LAGI-LAGI DI HARI BAIK BULAN MULIA SEBEGINI. MASYARAKAT KITA SEMAKIN HILANG PERTIMBANGAN DAN NILAI KEMANUSIAAN. NAUUZUBILLAH.....

BUDAYA KELUAR PARTI

1. Budaya keluar parti dan melompat ke parti lain seolah-olah sudah menjadi gaya hidup terkini segelintir ahli politik di Negara kita. Fenomena ini menular secara drastik selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008.

2. Walaupun ianya bukan budaya baru di Malaysia dan pernah berlaku sebelum ini namun dewasa ini ianya semakin menjadi-jadi.

3. Pelbagai alasan dan sebab diberikan oleh pihak yang sama ada keluar parti dan isytihar bebas ataupun melompat ke parti lain. Ada yang boleh diterima akal fikiran kita dan tidak kurang juga yang menimbulkan pelbagai spekulasi liar.

4. Hakikatnya pihak-pihak yang terlibat iaitu calon itu sendiri, parti yang telah dianggotainya selama ini, parti baru yang beliau anggotai, pengundi kawasan yang diwakilinya serta Suruhunjaya Pilihanraya kesemuanya mempunyai seribu satu perasaan apabila wabak ini semakin merebak di Negara kita.

5. Di kala kita sibuk dengan wabak Influenza (H1N1), jangan kita lupa akan pandemik keluar parti dan melompat ke parti lain. Ianya juga perlu dibendung secara serius supaya tidak menular ke dalam masyarakat kita.

6. Mahu tidak mahu kita tidak boleh lari dari politik. Baik sebagai pengundi mahupun sebagai orang politik. Politik ada di mana-mana dan ada dalam semua urusan seharian kita.

7. Rakyat ataupun lebih tepat lagi pengundi mahukan wakil yang mereka pilih itu dapat berkhidmat dengan penuh amanah, taat dan setia kepada orang yang mengundinya.

8. Perwatakan, gaya hidup serta ciri kepimpinan seorang Yang Berhormat sering menjadi perhatian dan dinilai oleh semua pihak. Kita masih segar dengan kejatuhan beberapa orang ahli politik akibat daripada salahlaku moral, salahguna kuasa dan sebagainya. Bukti dan kesannya sangat jelas.

9. Memang tidak menjadi suatu kesalah di sisi undang-undang jika sesorang wakil rakyat yang telah dipilih bertindak keluar parti atau lompat parti walaupun ada desakan dari pelbagai pihak untuk mewujudkan undang-undang untuk menghalang budaya tersebut.

10. Walau bagaimanapun rakyat makin keliru dan resah dengan tindak tanduk ahli-ahli politik yang sebegini yang boleh berubah dalam sekelip mata atas pelbagai alasan yang mereka ciptakan.

11. Apakah ahli-ahli politik ini pernah bertanya kembali kepada para pengundinya sama ada mereka mengundi beliau atas sifat peribadi beliau ataupun semata-mata kerana parti yang beliau wakili semasa bertanding tempoh hari?

12. Saya pasti jawapannya sangat berbeza dan reaksinya juga mungkin kurang enak untuk didengar. Namun itulah luahan isi hati para pengundi yang sering kali menjadi mangsa dan rasa ditipu oleh wakil yang mereka pilih.

13. Negara kita telah mencapai usia kemerdekaan 52 tahun pada tahun ini namun budaya politik para ahli politik kita masih belum cukup matang dan dewasa yang akhirnya boleh merosakkan dan menghancurkan Negara ini.

14. Semua parti politik di Negara kita perlu merenung kembali tujuan dan asas perjuangan mereka selama ini. Cukuplah keperitan yang ditanggung oleh para pengundi selama ini. Insaf dan bermuhasabahlah diri anda sebelum terlambat kerana saya khuatir suatu hari nanti mungkin para pengundi akan memulaukan sesuatu pilihanraya sebagai tanda protes dan juga proses untuk mengajar orang politik.

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

1. Sewajarnya sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini kita merayakan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana 31 Ogos 2009 jatuh pada bulan Ramadan yang mulia.

2. Saban tahun tarikh keramat ini datang dan pergi sebagai memenuhi takwim kalendar kita tanpa kita sedar berapa ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mengerti nilai kemerdekaan yang kita nikmati sekarang.

3. Tahun ini misalnya, bilangan kenderaan dan bangunan yang mengibarkan Jalur Gemilang boleh dikatakan berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Memang betul persoalan yang mengatakan adakah dengan hanya mengibar Jalur Gemilang sahaja kita dianggap patriotik malah banyak lagi cara dan kaedah untuk kita menterjemahkan rasa sayang kita pada Negara ini. Namun berapa ramai daripada kita yang menghayati erti kemerdekaan ini dan sedar akan kepentingan untuk mempertahankannya.

4. Tahun ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 dalam suasana ekonomi, politik dan sosial yang agak bercelaru dan merisaukan baik diperingkat global mahupun di peringkat nasional.

5. Masalah kegawatan ekonomi terus menghantui dunia termasuk Negara kita, bilangan pekerjaan yang masih terhad, masalah kenaikan harga barang serta kekurangan bekalan terus menjadi satu persoalan yang sukar untuk dijawab oleh kita semua.

6. Kekalutan pentas politik Negara juga semakin hari semakin merisaukan semua pihak. Bilangan Pilihanraya Kecil yang semakin bertambah, ahli politik yang begitu mudah dan gemar untuk keluar parti dan isytihar bebas serta isu syurga dan neraka semakin menghimpit dan menghantui masyarakat Malaysia. Ini ditambah lagi dengan isu kontrak sosial dan perpaduan kaum yang makin hangat diperdebatkan sana sini.

7. Dari segi sosial pula, isu kadar jenayah yang semakin meningkat, masalah sosial remaja yang makin menjadi-jadi dan pengakuan terbuka wanita Islam minum arak dan rela disebat di khalayak ramai seolah-olah terus menghiris nilai-nilai ketimuran masyarakat kita.

8. Apakah contoh-contoh di atas (sekadar beberapa contoh) mencerminkan budaya masyarakat kita yang boleh dianggap sudah benar-benar memahami erti kemerdekaan yang kita nikmati sekarang. Secara ikhlas saya katakan bilangan rakyat Malaysia yang memahami erti dan nilai kemerdekaan semakin berkurangan.

9. Dalam satu wawancara khas untuk Mingguan Malaysia tempoh hari, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kerisauan beliau tentang perasaan cintakan Negara yang semakin menurun terutama di kalangan generasi muda sekarang. Saya percaya ramai di kalangan masyarakat kita akan sependapat dengan Tun.

10. Apakah tindakan mempersoalkan hak istimewa orang Melayu, ikatan kontrak sosial yang telah terbentuk sekian lama, berdemonstrasi secara haram, membangkitkan isu syurga dan neraka serta budaya keluar parti dan lompat parti boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai erti kemerdekaan kita yang ke-52?

11. Tema tahun ini cukup sinonim dengan hasrat Perdana Menteri kita iaitu “1Malaysia Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan” namun sejauhmana kita menghayati tema dan erti kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Tema yang hebat ini seharusnya dihayati, disemai dan dipupuk bersama-sama dengan rasa sayang kepada Negara ini dalam sanubari setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

12. Atau apakah perlu kita memperkenalkan satu lagi slogan baharu demi untuk memupuk erti kemerdekaan dan rasa sayangkan Negara di kalangan masyarakat kita misalnya “Rakyat Bersatu Negara Diutamakan”

13. Sekali lagi pilihan di tangan kita di mana tidak mustahil kemerdekaan ini diragut dari kita suatu hari nanti jika kita tidak mengerti, menghayati dan mempertahankannya.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT DATANG RAMADHAN 1430

INSYA ALLAH ESOK SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA AKAN BERPUASA DAN MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN 1430. ALHAMDULILLAH KITA DIPANJANGKAN USIA SETAHUN LAGI UNTUK MENIKMATI BULAN YANG MULAI DAN PENUH DENGAN GANJARAN INI. APA YANG SAYA PINTA DAN SENANTIASA MENDOAKAN IALAH SEMOGA AMALAN DAN IBADAT KITA PADA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA BULAN-BULAN RAMADHAN YANG SEBELUM INI.PADA KESEMPATAN INI JUGA MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH SEKERAP YANG MUNGKIN.AMIN.
SELAMAT BERPUASA DARI SAYA SEKELUARGA UNTUK SELURUH MUSLIMIN DI MALAYSIA

Wednesday, August 19, 2009

TULISAN DR.RIDHUAN TEE ABDULLAH - SATU KUPASAN BERBZA

1. DIKATAKAN HAMPIR SELURUH AKHBAR CINA MENGHENTAN DR. RIDHUAN DISEBABKAN BEBERAPA ARTIKEL BELIAU YANG DISIARKAN DALAM AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA.

2. TERNYATA SAYA SALAH SEORANG DARIPADA PEMBACA AKHBAR MINGGUAN YANG PASTI TAKKAN TERLEPAS UNTUK MEMBACA RENCANA BELIAU SAMA SEPERTI KEMINATAN SAYA TERHADAP TULISAN DR. ASRI (MANTAN MUFTI PERLIS) SERTA BEBERAPA ORANG KOLUMNIS YANG LAIN.

3. TERNYATA APA YANG DIKUPAS DAN DISUARAKAN OLEH DR. RIDHUAN MERUPAKAN SATU KUPASAN ILMIAH DATANGANNYA DARI SEORANG AHLI AKADEMIK YANG BERKELULUSAN PHD.

4. MAKA SAYA PERCAYA BELIAU TELAH MENGKAJI DAN MENGINTAI SEJENAK SEMUA FAKTA DAN SEJARAH YANG BERKAITAN SEBELUM BELIAU MELONTARKAN KATA-KATA DALAM TULISAN BELIAU.

5. SEBAGAI MANUSIA YANG WARAS, NORMAL, BERPENDIDIKAN DAN TIDAK MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK, SAYA MELIHAT IANYA SATU RENCANA YANG PENUH DENGAN FAKTA DAN MUNCUL DARI HASIL KAJIAN SERTA PENGALAMAN HIDUP BELIAU SENDIRI.

6. WALAUPUN ADA YANG MENGGELARNYA "LEBIH SUDU DARI KUAH", "LEBIH MELAYU DARI MELAYU" NAMUN SAYA PERCAYA BELIAU MENULIS DENGAN PENUH KESEDARAN, KEWARASAN DAN KEINSAFAN BAHAWA BELIAU MASIH SEORANG YANG BERBANGSA CINA DAN KEMASUKAN BELIAU KEDALAM AGAMA ISLAM SAMA SEKALI TIDAK MEMELAYUKAN BELIAU.

7. MUNGKIN DISEBABKAN BUDAYA MASYARAKAT KITA YANG MELABELKAN ISLAM ITU MELAYU DAN MELAYU ITU ISLAM MAKA MEMANG TIDAK HAIRAN BELIAUPUN ADA SEDIKIT ATAU SEKELUMIT RASA BAHAWASANYA BOLEH DIANGGAP MELAYU. APATAH LAGI JIKA TELAH MENGAHWINI WANITA MELAYU.

8. JUSTERU SAYANG DAN CINTA PADA MELAYU DI SAMPING BANGSA ASAL PASTINYA AKAN TERCETUS DAN MEMBAKAR SEMANGAT EMPUNYA DIRI TERSEBUT.

9. APA SEKALIPUN SEJARAH TIDAK BOLEH DIPADAM DAN TIDAK AKAN MENIPU. BAGAIMANA NASIB SETIAP BANGSA DI NEGARA INI SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI BOLEH KITA KAJI DAN LEHAT KEMBALI. MAKA AKAN TERJAWABLAH SIAPA YANG SELAMA INI KIASU, SIAPA YANG SELAMA INI TAMAK, SIAPA YANG SELAMA INI MENDOMINASI EKONOMI, SIAPA YANG SELAMA INI GAGAL MEREBUT PELUANG YANG DISEDIAKAN DAN BANYAK LAGI.

10. CUMA KERESAHAN DAN KEGUSARAN SAYA ADALAH, MENJELANG 52 TAHUN KITA MERAYAKAN KEMERDEKAAN KITA, MAKIN BANYAK ONAK DAN DURI YANG KITA TERPAKSA LALUI DALAM MEMELIHARA DAN MENJAGA PERPADUAN KAUM YANG KITA BANGGAKAN SELAMA INI.

11. SEBAGAI MANUSIA YANG WARAS YANG DIKURNIAKAN AKAL FIKIRAN, YANG DIKURNIAKAN SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN DAMAI, MARILAH KITA SAMA-MASA MEMIKIRKAN APA YANG HARUS MENJADI KEUTAMAAN KITA DALAM MASING-MASING INGIN MEMPERJUANGKAN AGENDA MASING-MASING.

Tuesday, August 18, 2009

HIMPUNAN DOA UNTUK DIJADIKAN PANDUAN







































SEKADAR PERKONGSIAN DAN PENYEBARAN ILMU UNTUK TATAPAN, PENGHAYATAN DAN AMALAN KITA BERSAMA TERUTAMANYA MENJELANG BULAN RAMADHAN YANG MULIA.




Monday, August 17, 2009

ANTARA GULA DAN TOPENG (FACE MASK)

1. GULA DAN TOPENG - DUA BENDA YANG SANGAT BERBEZA BAIK DARI SEGI FIZIKAL MAHUPUN KEGUNAANNYA KEPADA KITA. NAMUN KEDUA-DUANYA SEKARANG TELAH MENYATU DI BAWAH SATU BUMBUNG ATAS KATEGORI BARANG YANG SUKAR UNTUK DIPEROLEHI SEHINGGAKAN ADA CADANGAN AGAR KEDUA-DUANYA DIJADIKAN BARANG KAWALAN.

2. BUNYINYA MACAM KELAKAR DAN PELIK BILAMANA TOPENG NAK DIJADIKAN BARANG KAWALAN NAMUN HAKIKATNYA IA TIDAK MUSTAHIL MENJADI KENYATAAN JIKA DIAMBIL KIRA TAHAP KEENAM PANDEMIK WABAK INFLUENZA H1N1 ATAUPUN SAYA LEBIH GEMAR MENGGUNAKAN ISTILAH HAKIKINYA IAITU SELSEMA BABI.

3. SETIAP MUSIM PERAYAAN GULA MESTI MENIMBULKAN MASALAH KEPADA RAKYAT JELATA. FENOMENA GULA HABIS, SUKAR DIPEROLEHI, LAMBAKAN DI NEGARA JIRAN DAN GULA DISOROK SEOLAH-OLAH SUDAH MENJADI SUATU YANG LAZIM DALAM MASYARAKAT KITA MENJELANG MUSIM PERAYAAN.

4. WALAUPUN SERBUAN DEMI SERBUAN DAN AMARAN DEMI AMARAN DIKELUARKAN OLEH SEMUA PIHAK YANG BERKUASA NAMUN HAKIKATNYA GULA TETAP BERKURANGAN ATAUPUN KITA HANYA DIHADKAN PEMBELIAN SEBANYAK DUA BUNGKUS SEKALI BELI.

5. KITA ADA RAJA GULA, KITA ADA KILANG GULA, PASARAN KITA JUGA MELUAS NAMUN KENAPA PERKARA INI HARUS BERLAKU DAN BERULANG? GULA BOLEH DIKATEGORIKAN ANTARA BAHAN MAKANAN UTAMA DALAM MASYARAKAT MAJMUK KITA WALAUPUN RAMAI YANG MENDERITA AKIBAT KENCING MANIS / DIABETES DAN SEBAGAINYA - PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI GULA.

6. BAGI SAYA BIARLAH DINAIKKAN SEDIKIT HARGA GULA (MEMUASKAN HATI PENGUSAHA)MISALNYA DARI RM1.45 KEPADA RM1.60 SEKALIPUN SAYA TETAP AKAN MEMBELINYA ASALKAN STOKNYA MENCUKUPI. DALAM ERTI KATA LAIN KITA GUNA KONSEP "WIN WIN SITUATION" - BIARLAH PENGUSAHAPUN DAPAT MENIKMATI SEDIKIT KENAIKAN DAN PADA MASA YANG SAMA PASARANNYA MENCUKUPI.

7. MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK SETUJU DENGAN CADANGAN KENAIKAN HARGA NAMUN APA LAGI PILIHAN YANG KITA ADA? AMARAN TAK DIENDAH....SERBUAN TAK DIPEDULI....APA LAGI??? SAMA-SAMALH KITA PIKIRKAN.

8. BERBEZA PULA DENGAN KES TOPENG MUKA, SEJAK BERTAMBAH KES KEMATAIN AKIBAT WABAK SELSEMA BABI DI NEGARA KITA, JUMLAH PERMINTAAN TERHADAP TOPENG JUGA DIKATAKAN MELONJAK TINGGI BAGAI PISANG GORENG PANAS.

9. JIKA SEBELUM INI TIADA SIAPA PEDULI AKAN TOPENG INI NAMUN BERBEZA PULA CERITANYA SEKARANG. MASING-MASING BEREBUT MENDAPATKAN TOPENG WALAUPUN HARGANYA MELABUNG LEBIH DARI 100% DARI HARGA JUALAN BIASA. TOPENG DIJUAL ANTARA RM1.50 HINGGA RM3.00 SEKEPING SEKARANG DAN ITUPUN SUKAR UNTUK DIPEROLEHI DI BEBERAPA BUAH FARMASI DAN KEDAI 7 ELEVEN.

10. ADAKAH DENGAN CARA IANYA DIJADIKAN BARANG KAWALAN KITA DAPAT MENGAWAL HARGA PASARANNYA? ATAUPUN DIJAMIN AKAN ADA STOK YANG MENCUKUPI? SECARA IKHLAS SAYA KATAKAN TETAP TIDAK MALAH AKAN BERJANGKIT JUGA UNSUR SOROK MENYOROK DAN SEBAGAINYA.

11. HAKIKATNYA KITA SERING MELIHAT HANYA SATU PIHAK SAHAJA APABILA INGIN DIPERSALAHKAN. DALAM KEDUA-KEDUA KES INI MISALNYA PENGGUNA SERING DIKATAKAN MENJADI MANGSA RAKUS PENJUAL. MEMANG ADA KEBENARANNYA NAMUN BAGAIMANA PULA NASIB PENGUSAHA ATAUPUN PENJUAL ITU SENDIRI?

12. SAYA BUKAN HENDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK WALAUPUN SAYA TETAP SEORANG PENGGUNA DAN BUKAN KATEGORI PENJUAL NAMUN SEBAGAI MANUSIA YANG WARAS DAN BOLEH BERFIKIR PUNCA PENYEBABNYA, SAYA MERASAKAN RINTIHAN KEDUA-DUA PIHAK YAKNI PENGGUNA DAN JUGA PENGUSAHA PERLU DIPERTIMBANGKAN SECARA SAMA RATA DAN ADIL AGAR WUJUD "WIN WIN SITUATION" DALAM MASYARAKAT KITA.

13. DAN JANGAN LUPA BAHAWASANYA KITA SELALUNYA PERLU MEMBERI SESUATU ATAU MENGORBANKAN SESUATU UNTUK MENDAPATKAN SESUATU YANG LAIN ATAU SESUATU YANG LEBIH BAIK. PILIHAN DI TANGAN KITA SENDIRI.

14. KITA YANG MEMILIH UNTUK MAKAN GULA DAN PAKAI TOPENG MUKA. JUSTERU WAJARLAH DIPERTIMBANGKAN UNTUK BERKORBAN SEDIKIT DEMI MENCAPAI PILIHAN TERSEBUT.