Wednesday, January 14, 2009

"BUSH IKUT TELUNJUK SAYA"

SUMBER: utusan.com.my bertarikh 14hb Januari 2009:

1. Akhirnya Perdana Menteri Israel Ehud Olmert membuka mulut dan memaklumkan kepada dunia bahawa Presiden George W. Bush bertindak mengikut telunjuknya. Akur pada kehendak dan perintah Israel. Kenyataan ini sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan kita cuma ianya mengiyakan andaian kita selama ini.

2. Maka seperti yang diketahui, AS tidak menyokong resolusi PBB tempoh hari dengan bersikap berkecuali malah secara terang-terangan menyokong tindakan Israel dengan alasan mereka mempertahankan diri dari serangan Hamas. AS juga bertindak membuka tender untuk menghantar peluru ke Israel.

3. Kesemua tindakan AS jelas menunjukkan mereka adalah penjenayah perang nombor satu dunia dan bukannya Polis dunia seperti yang sering mereka dakwa. Justeru siapa berani menangkap dan menghukum penjenayah sepert Bush dan Olmert.

4. Walaupun ditentang oleh seluruh masyarakat antarabangsa termasuk aktivis dari AS dan Israel sendiri namun mereka tetap tidak pedulikan malah melipatgandakan serangan ke atas Gaza termasuk menggunakan bahan kimia seperti fosforus.

5. Maka apa maknanya ada PBB dan Majlis Keselamatan serta resolusi yang telah diluluskan? Kuasa Veto tetap masih bermaharajalela.

6. Hari ini Palestin, dulu Iraq dan Afghanistan dan esok lusa siapa pula?

7. Negara-negara Arab yang kaya dengan hasil minyak juga tidak dapat membantu. Mereka tidak sepakat dan tidak bersama untuk menyelesaikan masalah saudara mereka di Gaza.

8. Kita yang duduk jauh dari mereka hanya mampu berdoa selain mengumpul dana serta menghantar beberapa pasukan bantuan kecemasan.

9. Semoga Allah S.W.T melindungi dan menyelamatkan seluruh umat Islam di muka bumi ini.

No comments: