Friday, October 23, 2009

BAJET RAKYAT 1MALAYSIA
(Telah disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 23/10/2009)
1.Pembentangan Bajet 2010 menjadi perhatian semua pihak kerana ianya akan melihatkan dua aspek yang penting iaitu pertamanya ia merupakan pembentangan bajet yang pertama untuk Datuk Sri Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan keduanya ialah rakyat menantikan apakah agenda masa depan kerajaan yang bakal dilaksanakan seperti yang telah digariskan melalui gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

2.Rakyat mahu lihat kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk menjayakan gagasan ini menjadi realti dan bukan retorik ataupun slogan semata-mata. Perkara ini cukup signifikan kerana pengurusan sumber ekonomi dan kewangan adalah elemen penting yang akan mencorakkan masa depan dan hala tuju sesebuah negara. Justeru rakyat mendambakan pengurusan dan pengagihan sumber ekonomi yang seimbang, adil dan saksama dengan mengambilkira kepentingan semua golongan rakyat yang berkaitan.

3.Bagi rakyat biasa terutamanya golongan luar bandar, isu-isu kenpenggunaan seperti kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga barang dilihat sebagai satu masalah yang besar yang ditambah dengan jumlah pendapatan yang rendah ataupun sederhana.

4.Soal pengangguran yang masih berada di tahap yang membimbangkan juga terus membelenggu anak muda negara ini. Masih ramai graduan dan belia kita di luar bandar menghadapi kesukaran untuk memperoleh pekerjaan bagi meneruskan kehidupan harian mereka. Itu belum lagi isu perebetan pekerjaan antara warga tempatan dengan warga asing.

5.Senario ekonomi global masih tidak begitu memberangsangakan dan meyakinkan kita untuk menarik nafas yang lega walaupun pihak kerajaan melalui pelbagai agensi yang terlibat seperti Kementerian Kewangan dan Bank Negara cuba meyakinkan rakyat bahawa ekonomi kita semakin pulih dengan mengunjurkan sedikit pertumbuhan.

6.Hakikatnay masih ramai lagi rakyat kita yang belum pulih dari tempias kegawatan ekonomi yang sedang melanda. Maka rakyat mengharapkan kerajaan akan membentangkan bajet yang boleh merangsang kembali ekonomi negara di samping memastikan perbelanjaan yang bakal dilaksanakan tidak membazirkan wang rakyat.

7.Bajet ini perlu memberi fokus dan keutamaan kepada kehendak dan keperluan rakyat terutamanya golongan luar bandar dan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kehendak semua kaum juga perlu dititikberatkan.

8.Memang sukar untuk memenuhi tuntutan semua pihak namun di sinilah kerajaan perlu memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam mengurus dan mengagih sumber ekonomi itu seadil yang mungkin dengan seimbang. Jika ianya dapat dilaksanakan dengan bijak maka rakyat pastinya akan memberikan sokongan yang kuat kepada semua usaha kerajaan yang akan bakal dibentangkan.

9.Kalau benar kerajaan ingin membuktikan bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukan satu retorik maka perkara-perkara asas sebeginilah wajar menjadi perhatian bajet kali ini agar disamping dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara ianya sekaligus dapat mengurangkan beban rakyat jelata.

10.Seterusnya sebagai usaha untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang menepati konsep 1Malaysia, kerajaan juga wajar memberi perhatian kepada program-program yang boleh memupuk semangat perpaduan dan kekitaan serta peningkatan semangat patriotik di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini. Aktiviti sebegini perlu dirancakkan pelaksanaanya dengan lebih terancang dan tersusun agar boleh merealisasikan konsep gagasan tersebut.

11.Justeru besarlah harapan kita agar bajet kali ini akan menjadi Bajet 1Malaysia yang akan memberi ruang dan pelaung kepada segenap lapisan rakyat negara ini berganding bahu, bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan dan menikmati bersama pertumbuhan dan kekayaan ekonomi negara ini. Percayalah bahawa jika kita mampu mewujudkan keseimbangan dalam pengagihan kekayaan ekonomi secara sama rata maka pastinya ketirisan dalam soal perpaduan yang semakin merisaukan dewasa ini tidak akan berlaku sama sekali atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan.

4 comments:

grow2g3th3r said...

budget 2010....
menarik... tapi ada kelemahannya...

NOOR MOHAMAD said...

mana pernah perfect....at least rakyat diutamakan....xsemupun majoroti masih dapat manfaatnya.

ABU FAIQ said...

Asslamu 'alaikum, Tuan Noor Mohammad,

Di dalam setiap urusan kehidupan, umat Islam wajib terikat dengan kayu ukur syarak secara konsistan, tidak boleh dengan standard yang lain, antaranya begini:

perintah Allah vs larangan Allah
redha Allah vs laknat Allah
halal vs haram
pahala vs dosa
syurga vs neraka
manfaat vs masfadat
ibadah vs maksiat

Kayu ukur tentang Bajet, antaranya begini:

1 Sistem:
Sistem ekonimi kapitalis (yang
digunapakai di Malaysia)
vs
Sistem ekonomi Islam (Tak ada
di Malaysia)

2 Pendapatan negara:
=Sis.Kapitalis= / =Sis. Islm=
cukai,levi, jizyah,
pajak, sewa, vs fai'
kompaun, riba, ghanimah
(KDNK) kharaj

3 Pangurusan ekonomi
Bank negara &
bank2 ribawi
vs
Baitulmal

4 Hak Kepemilikan harta:
=Sis.Kapitalis= / =Sis.Islm=
Monopoli,
Swasta vs milik awam,
GLC milik n'gara
Nationalisation milik indiv.

5 Sumber sistem
Sekularisme/Kapitalisme
(kufur/bathil)
vs
Al-Quran / Sunnah /
Ijmak Sahabat / Qias
(Islam / haq)

Alangkah selamatnya (beroleh redha Allah) kalau sahaja sistem ekonomi negara kita (negara Islam?) yang mengatur hal-ehwal pendapatan kita diurus dengan kaedah syarak.

NOOR MOHAMAD said...

Salam Tuan Abu Faiq,

Dalam hal ini saya sokong 100% pendapat pihak tuan. Kita perlu kembali ke sistem pengurusan ekonomi islam jika kita mahu terus berkembanag dan maju tanpa mengharapkan ihsan atau bantuan kapitalis barat. misalnya penggunaan dinar emas perlu dilaksankan segera. Semuga pihak yang berkuasa dapa buka mata dan minda untuk segera berubah.

wasalam.